Bagaimana untuk mempunyai pemikiran seperti trader forex yang professional?
Cara trader forex professional berfikir mengenai pasaran forex adalah jauh berbeza daripada cara trader yang baru menceburi dalam bidang forex berfikir. Secara dasarnya, perbezaan dari segi perspektif dan psikologi yang akan menentukan sama ada anda akan menjadi seorang trader forex yang berjaya atau menjadi antara lambakan trader forex yang gagal.
Jadi, bagaimana anda ingin bermula untuk mempunyai pemikiran seperti
mana trader forex professional dan sekaligus meletakkan diri anda di
kalangan trader forex yang berjaya? Teruskan bacaan anda untuk
mendapatkan tips-tips di dalam artikel ini.
1.
Jangan jadikan aktiviti trading forex suatu perkara yang merumitkan.
Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk mempunyai perspektif seperti trader forex professional adalah membuang semua indikator-indikator atau robot-robot yang telah membuatkan chart forex anda kelihatan semak dan serabut. Perkara ini tidak pernah gagal untuk mengejutkan saya apabila ramai di kalangan trader forex yang baru tidak ingin membuang indikator forex dan robot forex yang mereka gunakan.
Sebenarnya, benda-benda ini adalah benda yang tidak perlu untuk
menghasilkan keuntungan yang konsisten dalam trading forex. Malah
benda-benda ini yang akan membuatkan anda ragu-ragu di dalam trading
anda dan sentiasa akan membawa anda ke arah keputusan yang salah ketika
dalam trading.
Membuatkan trading forex sesuatu yang rumit merupakan salah satu
kesilapan besar yang sering dilakukan oleh trader forex yang baru.
Secara jujurnya, proses untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten
melalui forex bukanlah sesuatu perkara yang mudah, jadi jangan jadikan
proses ini semakin sukar dengan kehadiran indikator dan robot yang tidak
efektif didalam trading anda.
Ianya lebih dari memadai jika anda telah tetapkan beberapa syarat dan
strategi dalam trading forex. Saya percaya, jika anda sudah dapat
biasakan diri dengan syarat dan strategi yang anda tetapkan, anda akan
terasa betapa mengarutnya indikator dan robot yang sebelum ini telah
menghantui anda dalam trading forex.
2.
Jangan terlalu risaukan tentang news dan fundamental dalam aktiviti
trading forex.
Tidak ada sebab anda luangkan masa anda untuk risaukan tentang news dan fundamental ketika trading forex. Saya akui, news dan fundamental adalah penggerak harga pasaran forex tetapi ianya lebih mudah dan efisien jika anda belajar untuk trading mengikut strategi yang telah anda tetapkan berbanding mencuba untuk trading mengikut news.
Kebanyakan trader forex yang berjaya memilih untuk trading forex dengan
menggunakan strategi teknikal yang mudah dan tidak risaukan tentang news
yang bakal diumumkan. Ini adalah kerana, apa jua news tentang forex yang
bakal diumumkan akan mengikut fakta yang dipaparkan di chart forex anda.
Harga pasaran forex yang dipaparkan di chart forex anda adalah keputusan
akhir daripada news yang diumumkan.
Jadi, jika anda ingin mempunyai pemikiran seperti trader forex yang
professional, luangkan lebih masa untuk belajar strategi trading forex
secara teknikal daripada risaukan tentang news forex yang bakal
diumumkan.
3.
Elakkan diri daripada mengikut emosi ketika trading forex.
Sebenarnya kebanyakan trader forex yang baru telah meletakkan diri mereka dalam keadaan beremosi dalam trading dengan melakukan dua perkara asas dalam trading dengan cara yang salah.
Pertama sekali, mereka tidak menguruskan money management dengan baik
dan betul. Ini bermakna, mereka meletakkan jumlah risiko dalam trading
yang tinggi, tidak mengambil keuntungan ketika mereka patut ambil dan
tidak menerima kerugian ketika position itu dalam nilai negatif.
Trader forex yang professional sentiasa sedia maklum yang money
management yang betul akan mengelakkan emosi mereka daripada terlibat
didalam trading forex. Jadi, anda perlu jadikan money management yang
betul satu tabiat dalam trading untuk mengelakkan anda menjadi salah
seorang trader yang beremosi didalam trading.
Perkara yang kedua ialah terlalu kerap memasuki post ketika trading. Apa
yang perlu anda sedar adalah, dengan mempunyai banyak trade tidak akan
membantu anda untuk mencapai matlamat trading anda. Kebanyakan trader
forex yang baru akan terkejut dengan berapa kerap trader forex
professional trade, kerana kekerapannya sangat jarang.